BLOGGER ' HANTU ' DIHARAMKAN
Assalamualaikum..
PEMILIK
BLOG, PORTAL DIWAJIBKAN DEDAH IDENTITI SEBENAR
Pemilik blog dan portal yang menyebarkan
maklumat tidak sahih akan dikenakan tindakan tegas selepas kerajaan mewajibkan
mereka meletakkan maklumat identity sebenar tidak lama lagi , kata Datuk Seri
Najib Razak.
Perdana Menteri menegaskan, peraturan
‘ketetapan-sendiri’ itu bertujuan memastikan pengamal media social lebih
bertanggungjawab terhadap maklumat disampaikan, sekaligus mengelak perpaduan
masyarakat pelbagai agama dan bangsa dirosakkan oleh maklumat palsu .
Sekat ‘tidak bernama’
Sehubungan
itu , Najib menegaskan, tidak akan ada lagi penulis blog ‘tidak bernama’ dalam
blog atau portal seperti sekarang bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab
terhadap tulisan masing-masing .
Kerajaan
akan memastikan rakyat yang sedang menghadapi ‘cabaran kematangan’ sekarang
tidak bersikap melampau selepas menikmati kemajuan pesat dalam landskap media
dan operasi berita. Sehubungan dengan itu , rakyat harus mampu memanfaatkan
kebebasan bersuara sebaik mungkin.
Note :::
Tiada berita yang tak penting . BH 13 Jun 2013 .
Comments