Tunggu

copy The Faiz Ibrahim:
TUNGGU

Sesetengah manusia suka konsep menunggu kerna bagi mereka, apabila orang sanggup tunggu dia, itu tandanya orang itu sanggup dan ikhlas bersama dia. Maaf saya kata, saya tidak setuju. Bagi saya, itu penting diri dan sukakan perasaan digilakan.

Tunggu itu bahaya dan saya sarankan jangan kau buat. Kisah yang kau baca ini, itu hanyalah satu kisah yang berjaya dari 100 atau 1000 kisah. Yang 99 atau 999 kisah lain semuanya terjatuh dan buang masa seterusnya menanggung deritanya mungkin bertahun-tahun lamanya.

Bagi saya, nak tahu orang tu ikhlas atau tak dengan kita, bukan dengan menunggu tapi dengan sejauh mana dia sanggup usaha bersama-sama dengan kita to become the better umat islam. Itu betul ikhlas. Dan kalau dia ikhlas dengan kita, dia tak akan buatkan kita tunggu dan terus halalkan. Itu ikhlas dan serius.

Ramai antara kita habiskan masa menunggu insan yang salah. Kita anggap dia benar tapi lepas dua atau 3 tahun berikutnya, dia pergi dan kita terkontang kanting sendirian. Tolong jangan berjudi. Ya, meunggu itu suatu perjudian. Kau taruhkan segalanya di atas satu meja dan kau pun tahu nasib si judi. Apabila dia kalah, dia hilang segalanya.

Nak suka orang, boleh, tak ada masalah. Tapi jika dia suruh kau tunggu, kau fikir berjuta kali. Jangan buang masa kau, jangan buang perasaan kau dengan manusia sebegini.

Sayang diri kau, jangan perbodohkan diri kau dengan relationshipgoals yang membodohkan jiwa. Tunggu insan yang tak halal buat kau, itu umpama membeli barang online, kadangnya dapat, kadangnya ditipu penjual.

Be clever lah, use your brain dan bukannya brain-brain (otak-otak)

Sebenarnya, kita semua seakan satu keluarga. Dimana kita berkongsi segala rasa dan kata, untuk sama-sama kita baiki hidup yang selama ini buat kita kurang senang dan sengsara.
Saya tak dapat apa-apa melakukan semua ini (kalau ada pahala, itu bonus), tapi apa yang saya cuba buat adalah untuk bagi kesedaran untuk anak muda atau anak yang sedang jatuh bahawa hidup kita ni sebenarnya masih jauh. Jangan lemas dalam cinta, cinta itu sementara.

Fokus dan baiki hidup kau. Belajar dari kebodohan dan belajar dari pengalaman insan yang jatuh (insan yang bertanya soalan).

Saya dikritik kerana asyik bercerita mengenai perasaan tapi tak apalah, saya buat ini untuk kongsi dengan yang mahu dengar. Soal perasaan ni biasanya orang kita malu nak cerita secara terbuka. Nak cerita dengan mak ayah, lagilah malu, jatuh air muka woi. So inilah medium untuk mereka, yang jatuh ketika perasaan masih baru mencari, yang rasa  hidupnya berakhir apabila yang disuka mula pergi.

Saya tak kisah saya dikata, yang saya kisah adalah korang semua. Jangan bazirkan masa kita. Kita masih muda. Kita jatuh, kita bangkit, kita jatuh, kita bangkit, Allah ada.

Sama-sama kita berjaya dan jangan biarkan rasa tak enak buat kita rasa jatuh selamanya.

Saya serius ni.

Just be happy guys.

You deserve it.

Assalamualaikum.

Tak apa, saya dah biasa dah bagi salam, tapi semua senyap.

Comments

Popular Posts