Nikmat

Assalamualaikum ๐Ÿ˜Š

Nak mengadu ni.

Hm aku rabun hahahahahahaha!

Akhirnya cita cita aku masa Form3 dulu dah tercapai. Dulu masa sekolah kemain beli spec acah pakai dalam class konon lawa ah bila pakai spec. Tapi yang malangnya tu cita cita zaman sekolah skrg ni zaman universiti orang batak hot je yang suka pakai spec besar besar ๐Ÿ˜‚ Allahu

Aku rasa macam pelik gila awkward gila yall bila jalan nak pergi class since mata dah kabur semacam. Pandang orang pun aku tak boleh cam dia sapa. Terok! Lepas ni kalau ada org kata aku sombong memang aku hentak dia dekat pintu๐Ÿ˜‚ hahahaha. Kau tak tahu betapa aku try hard nak focuskan mata aku nak detect siapa kau shaiton!

Time ni baru lah aku sedar, nikmat yang Allah bg aku pinjam 20 tahun lepas paling paling paling bermakna sempurna tak boleh nak cakap macam mana terangnya mata aku 10km pun aku boleh nampak tulisan dekat board tepi jalan.

Bila dah rabun, Jarak penglihatan terhad plus jalan mana mana pun macam nampak tak nampak je. Kabur! Nak tengok pakwe ensem pun dah tak berapa nak clear ah kalau dulu segala jerawat atok nenek dia aku boleh nampak hehehe jk jk.

Argh semalam aku stress gila babi kot sampai nak demam plus cerry berry sebab rabun je. Rabun still nampak lagi dunia, cuba bayangkan orang yang buta. Nampak! Manusia selalu tak bersyukur. Tapi aku tahu,

      “ Allah tidak membebani seseorang           

               melainkan apa yang terdaya olehnya."                               ( Al-Baqarah: 286)


Menyesal sebab tak jaga mata elok elok. Banyak dosa aku dekat mata aku sendiri๐Ÿ˜ญaku suka main phone dalam gelap, hadap laptop berjam jam. Nyesal beb! Doakan la aku dapat buat spec wlwpun spec tu tak lah mahal tapi sebab dah hujung sem ni agak sesak jugalah.

Mungkin sepatutnya aku memang rabun, yelah dah tua kan. Hehe. Mungkin aku yang memang keras hati tak boleh terima kekurangan aku skrg ni. Mungkin Allah tarik nikmat ni dan gantikan dengan kelebihan yang lain. Mungkin! Husnuzon. Semoga aku terus kuat, skrg ni mmg lemah tp aku doa sangat yang aku boleh kuat untuk family aku, untuk future aku. Aku bukan senang2 boleh tengok orang lain berjaya! Tak tu bukan anem. Tunggu aku bangkit lepas aku buat spec aku. Ya! Sekian


Comments

Popular Posts