Opportunity

Assalamualaikum ✌

“Siapa nak terima weh perempuan yang dah tak suci? Siapa yang nak terima perempuan yang dah terlanjur?

“Aku ingat dia baik. Kawan dia cakap dia ini tak tinggalkan solat. Jaga hubungan. Mai ribut, rupa-rupanya sudah pernah terlanjur dengan boyfriend dia. Aku baru saja nak meminang dia. Puih! Tak jadi! Jijik!”

Everyone keep saying, she is a sinner. Dia perempuan kotor, dia tidak layak untuk lelaki yang baik-baik, dia penzina, dia pendosa. Okay then, dia hanya layak untuk lelaki ‘sekotor’ dia?

Kalau kau rasa kau baik, sepatutnya kau membimbing dia ke jalan yang lebih baik. Bukannya buang dia. Kita tak rasa benda tu sebab perempuan dia bukan adik kita, bukan kakak kita, bukan anak perempuan kita.

Macam mana kalau orang hina dan jijikkan perempuan yang di kalangan ahli keluarga kita?

Perkara pun sudah terjadi dan itu adalah kisah silam. Perempuan itu juga telah menyesal, berubah dan mengharap Allah mengampunkannya.

Tapi kau tak, berlagak sangat macam kau tu suci sangat, muka bercahaya. Padahal selfie pun 360.

Allah mengampunkan dosa kita. Tak buka aib kita pun, tak hinakan pun kita pada manusia. Kenapa kita yang melebih-lebih nak menghukum dan menentukan nasib dia?

Kau takkan pernah tahu betapa peritnya hati bila tak diterima masyarakat plus dengar tohmahan orang luar lagi. Perit!

Sehinggalah suatu hari nanti benda ni akan terjadi pada keluarga kau sendiri. Dan mungkin bila harapan itu tiada lagi dalam agama yang sepatutnya, dia akan mencari jalan yang tidak sepatutnya.

“Banganglah murtad. Tak ada pegangan ke?”

“Orang macam ini layak dibunuh sahaja. Islam saja agama yang benar, bodoh!”

We didnt realise who turn them off. We didnt realise who throw she out, we just judging for the outcomes.
Jangan disebabkan hari ini kita menutup pintu harapan untuk seorang hambaNya, Allah tutup pintu Syurga di akhirat sana.


Comments

Popular Posts