CHICKEN CHOP SIMPLE RECIPE (4 ORANG MAKAN)
Holla assalamualaikum!
Hai! Since aku dah tak tahu nak post apa lagi dalam blog tapi dalam masa yang sama aku sayang and taknak blog terbiar why not we post simple recipe. Don’t worry sis, i susah susah type so i pun takkan bagi you recipe yang tak tepat. This is first recipe for my family today, and i ada buat desert icecream milo. This recipe i akan buat dalam satu post yang lain, this is the link okay! By the way, this recipe i masak untuk 4 family members.
For this recipe, i use dada ayam (boneless). If you tak suka dada boleh tukar peha or other parts. For me i suka bahagian dada sebab senang cari and tak ada tulang, but it’s okay up to you guys. Disebabkan recipe ni tak ada sangkut paut semasa memasak so i akan write down bahan dan cara memasak terus okay. Here we go!
◊ Blackpaper sauce :
- 1 botol sos lada hitam brand puteri
- Setengah cawan air masak
- Ajinamoto secukup rasa
Cara menyediakan blackpaper sauce :
- Tuangkan 1 botol sos lada hitam kedalam periuk dan tambahkan ajinamoto serta setengah cawan air. Masak hingga mendidih
- 4 ketul dada ayam boneless
- 20 biji lada hitam ditumbuk hingga hancur
- Secubit garam
Cara penyediaan untuk memerap dan memanggang ayam :
- Ayam dikelar atau ditumbuk dahulu (jangan sampai hancur). Kemudian lumurkan dengan lada hitam dan secubit garam. Perap selama 15 minit dan goreng diatas kuali leper dengan sedikit minyak. Semasa menggoreng ayam akan mengeluarkan banyak air, jadi boleh slow slow buang air dan teruskan memanggang hingga ayam masak. Jika ayam tebal akan mengambil masa hingga 30 minit untuk masak
- 1/4 sayur kobis
- 1/2 lobak merah
- 6 sb mayonis
Cara menyediakan coleslaw :
- Hiris halus 1/4 sayur kobis dan 1/2 lobak merah kemudian gaulkan bersama 6 sudu besar mayonis
- 4 biji kentang
- Secubit garam
- 3 sb susu segar
Cara menyediakan mashed potato :
- Rebus 4 biji kentang, tambah sedikit garam dan rebus sehingga empuk. Kemudian lenyek kentang dan tambah 3 sudu susu segar untuk rasa lebih creamy
Selamat mencuba dan tinggalkan komen anda jika resepi ini sangat membantu!
Comments